Entries Profile. Tagboard Friends Credits

Friday 26 July 2013 | 02:33 | 0 comments

Hai, dah lama tak update blog ni. Kali nak cerita tentang sahabat pula, Dalam dunia ini,kita tidak mempunyai sesiapa kecuali diri sendiri tapi dlam kita sendiri kita beruntung taw sebab ada seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita harapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat begitu juga dia. Tetapi kita selalu lupa benda tu. Kita cuma ambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak tepati janji dia. KIta tidak memberi dia peluang untuk terangkan keadaan yang berlaku.

Bagi kita, itu hanya alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa kita juga pernah membiarkan dia tertunggu-tunggu untuk kita tepati janji-janji kita. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu tu, fikirkah kita tentang perasaannya? seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita selalu lupa. Untungnya ada seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian semua kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian maslah. Selalunya kita terlalu bercerita tentang kita hingga kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang dia ingin kongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya, rasa sedihnya? Pernahkah kita tenangkan dia macam mana dia pernah tenangkan kita dulu? ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembira darinya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatan seperti dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai? Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah agar tidak rebah? bolehkan kita menjadi bahu untuk sandarkan harapan? sesekali jadilah kawan yangmendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan. kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut ada rasa bimbang , sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadi kita sebagai kawan, kita selalu lihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu ketakutan yang kita tak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah! Terima kasih padamu sahabat yang sentiasa ada disampingku, maafkanlah diriku sebab selalu bersikap negatif terhadapmu.






I'm nothing without you friend, you're my boyfriend, my girlfriend, my sister, my brother, my enemy, and you're mymymymymymymymymymymymymymymy everythings. Don't leave me friend :')

Mini Sidebar ★






Music